My Add

Thursday 27 September 2012

Penguat kuasa DBKL terima insentif RM200

KUALA LUMPUR, RABU, 27 September, 2012: Pegawai dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gred 52 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak RM200 sebulan bermula Oktober ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan BIP pada 1 Ogos lepas.

"Pemberian BIP ialah untuk pegawai dan anggota yang melakukan tugas-tugas khas termasuk menjaga aset Datuk Bandar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Pembarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 di sini, hari ini.

Raja Nong Chik berkata sebanyak 1,584 pegawai dan anggota DBKL akan menerima BIP, yang diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka berkhidmat dengan cemerlang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment