My Add

Friday 7 September 2012

Pengurusan wang berhemah letak ekonomi di landasan tepat

SINTOK, JUMAAT, 07 September, 2012: Pengurusan kewangan berhemah, tidak membuat pinjaman luar dengan banyak dan mengambil tindakan tepat ketika berlaku kegawatan ekonomi, berjaya meletakkan ekonomi negara pada landasan yang tepat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia terus mengecapkan perkembangan ekonomi mapan disebabkan tidak terikut-ikut dengan pandangan pakar-pakar ekonomi dunia.

Beliau berkata, kedudukan ekonomi negara kukuh hasil rancangan Strategi Lautan Biru serta program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak setelah mengambil alih pentadbiran negara pada 2009.

"Persekitaran ekonomi kondusif wujud kerana dasar dan sistem penyampaian yang dilaksanakan mampu mengatasi rintangan serta melonjakkan pendapatan negara.

"Perkara yang tidak biasa dilakukan seperti menambat ringgit semasa kegawatan ekonomi dunia 1998 dan tidak meminjam dengan Bank Dunia telah memberi impak positif terhadap ekonomi negara," kata Mukhriz semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Pemimpin sempena minggu suai kenal penuntut baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini malam tadi.

Beliau berkata, program transformasi dilaksanakan bukan sekadar untuk melonjak pendapatan rakyat dan negara, malah merangsang pelaburan asing yang sekali gus mewujudkan pekerjaan baharu serta membasmi kemiskinan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment