My Add

Friday 7 September 2012

Bersatu untuk kekal penguasaan BN pada PRU-13: Muhyiddin

LANGKAWI, JUMAAT, 07 Seeptember, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat bersatu mengekalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di peringkat pusat untuk memastikan kelangsungan asas pembinaan negara dan bangsa terus dipertahankan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan dalam PRU-13 bukan sekadar memenuhi matlamat politik BN dan UMNO semata-mata, tetapi lebih besar sebagai benteng untuk menangkis kemunculan pelbagai ideologi dibawa pihak tertentu termasuk dari luar. 

"Kemunculan beberapa ideologi serta tindakan yang bertentangan dengan moral serta etika ketimuran Malaysia selepas PRU ke-12 lalu, menjadi bukti pembangkang yang mula menguasai beberapa negeri ketika itu hanya bertindak dengan bermatlamatkan agenda politik semata-mata.

"Psikologi sebegini termasuk yang berlaku dalam tempoh terdekat ini sengaja dibentuk pembangkang sehingga rakyat kini terpinga-pinga, manakala
kaum Melayu sendiri mula kehilangan arah tuju," katanya sempena perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Langkawi, di sini, hari ini.  - BH

No comments:

Post a Comment