My Add

Saturday 15 September 2012

PERHILITAN tangkap gajah liar di Jelawang, Jeli

KOTA BAHARU, SABTJU, 15 September, 2012: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar di kawasan hutan simpan berhampiran Kampung Sungai Batu, Jelawang, 70 kilometer dari sini, semalam.

Pengarah PERHILITAN Negeri, Rahmat Topani, berkata gajah berukuran tapak kaki 33 sentimeter itu ditangkap sepasukan empat anggota unit tindakan gajah jabatan berkenaan yang diketuai Pegawai Perlindungan Hidupan Liar, Cosmas Ngau, ketika berkeliaran bersama sekumpulan haiwan itu selepas merosakkan tanaman penduduk kawasan berhampiran, pada kira-kira jam 10 pagi.

"Gajah ini ditangkap selepas menerima aduan penduduk kampung berkenaan, yang mendakwa sekumpulan dua ekor gajah merosakkan tanaman pisang dan getah sejak awal September ini," katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau percaya haiwan itu dari kumpulan gajah ID Jentiang (Hutan Simpan Jentiang) dan kawasan gangguan termasuk Kampung Jerimbong, Kampung Andek, Kampung Keluat, Ladang Taku, Kampung Bahagia, Kampung Bantan dan Kampung Jenal.

Rahmat berkata, gajah itu akan dipindahkan sebaik saja denak haiwan berkenaan dari Pusat Pemindahan Gajah Kuala Gandah, Pahang tiba dalam tempoh terdekat ini.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan yang berisiko tinggi bertemu haiwan liar seperti gajah supaya melaporkan perkara itu kepada PERHILITAN untuk diambil tindakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment