My Add

Saturday 15 September 2012

Tabung keselamatan 1Wilayah Persekutuan ditubuh

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menubuhkan Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan untuk membantu penduduk menyedia, mempertingkat dan membaik pulih kemudahan keselamatan di kawasan perumahan.

Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah jenayah seperti rompak, samun dan pecah rumah.

Beliau berkata, dana tabung itu akan digunakan untuk membantu penduduk menyediakan pagar halangan keselamatan, kamera litar tertutup, sistem talian setempat, pos pengawal, lampu jalan, cermin keselamatan selain program kesedaran keselamatan bersama penduduk.

Menurutnya, dana awal untuk tabung itu ialah sebanyak RM1 juta, namun kementerian tersebut eletak sasaran ia akan meningkat sehingga RM4 juta hasil sumbangan pihak korporat dan swasta.

"Sumber dana untuk tabung itu tidak akan melibatkan kerajaan sebaliknya akan diperoleh melalui sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat pemaju hartanah dan perumahan serta syarikat swasta," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan di sini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment