My Add

Thursday 27 September 2012

Permintaan rakyat tuntut peralihan dalam perkhidmatan awam: KSN

PUTRAJAYA, KHAMIS, 27 September, 2012: Perkhidmatan awam perlu beralih daripada hanya menyampaikan perkhidmatan berdasarkan konsep 'producer dominated' kepada perkhidmatan yang bersandarkan kepada pandangan dan penglibatan rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, berkata peralihan kepada konsep 'engagement' dan musyawarah itu menjadi peraturan dalam perencanaan dasar serta pengurusan kerajaan kini, yang menuntut transformasi dalam sistem penyampaiannya. 

Beliau berkata persekitaran global dan tempatan yang dinamik menjadikan peranan Ketua-ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam lebih mencabar, dan permintaan rakyat yang meningkat menuntut mereka supaya peka dengan perkembangan teknologi terkini.

"Cabaran paling besar yang perlu kita hadapi hari ini ialah untuk memenuhi 'expectation' dan keperluan rakyat yang semakin meningkat," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan CIO 2012 dan Hari Terbuka Transformasi Perkhidmatan 'Online' dan Infrastruktur ICT Sektor Awam.

"Kita mesti ada keupayaan untuk meneroka, menetapkan hala tuju baharu dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan model perkhidmatan sedia ada dan mencari jalan yang inovatif untuk memperkukuhkan keberkesanan perkhidmatan awam," katanya.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan dua aplikasi 'MyGov Mobile' iaitu 'MyHealth' dan 'MyJakim', serta buku bertajuk 'Meneruskan Momentum Transformasi: Kecemerlangan Perkhidmatan Awam Berteraskan CTI-PCI (Cepat Tepat dan Integrity-Productivity, Creativity and Innovation). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment