My Add

Friday 7 September 2012

Pesawat ringan terbabas: Juruterbang, penumpang selamat

KUANTAN, JUMAAT, 07 September, 2012: Seorang juruterbang dan penumpang sebuah pesawat ringan milik persendirian terselamat apabila pesawat jenis Piper 34200 terbabas di Lapangan Terbang Pulau Tioman di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, juruterbang, Salem Ibrahim yang juga seorang peguam, dan Foo Shing Yng, kedua-duanya warga Singapura tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 2.02 petang tadi.

"Pesawat terbabit dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan akibat tayar hadapan yang tidak berfungsi dengan baik.

"Situasi itu menyebabkan pesawat berkenaan hilang kawalan dan terseret hingga ke tengah landasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment