My Add

Friday 7 September 2012

Bayi berusia sehari ditemui di tepi kedai keropok

KUANTAN, JUMAAT, 07 September, 2012: Seorang bayi perempuan yang sihat dipercayai berusia sehari ditemui di tepi sebuah kedai menjual keropok di Chendor, Cherating, dekat sini pagi ini.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemui orang awam pada 7.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff.

"Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan sihat dan dipercayai baharu sehari dilahirkan berdasarkan terdapat kesan darah pada tali pusatnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu dan pihak hospital memaklumkan tidak terdapat sebarang tanda lebam atau cedera pada bayi itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment