My Add

Saturday 1 September 2012

Petanda jadikan Malaysia republik

SHAH ALAM, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan kerajaan negeri mengetepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sambutan kemerdekaan seolah-olah ‘petanda awal’ rancangan pakatan pembangkang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, kemungkinan itu tidak mustahil kerana pakatan pembangkang sendiri dilihat banyak membelakangi institusi beraja di negeri ini yang bukan hanya dari segi penghormatan dan kedudukan tetapi juga terhadap bidang kuasa baginda seperti hal ehwal agama Islam sendiri seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Katanya, melihat insiden sultan tidak dimaklumkan dan dijemput daripada menghadiri majlis rasmi sambutan kemerdekaan peringkat Selangor malam tadi, adalah jelas bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas dilihat seolah-olah tidak menghormati serta menafikan kewujudan institusi beraja di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment