My Add

Saturday 22 September 2012

Polis akan teliti laporan polis terhadap Koo Ham - KPN

SHAH ALAM, SABTU,22 September, 2012: Polis akan menilai dan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan di laman twitternya yang didakwa mempersoal tindakan umat Islam membantah filem "Innocence Of Muslims".

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penilaian itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada perbuatan Ngeh itu tergolong dalam sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Kalau ada justifikasi kita akan siasat ikut prosedur yang ada," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) Institusi Pengajian Tinggi Awam peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam yang meminta polis membuka kertas siasatan berhubung isu itu.

Mohamed Nazri berkata, banyak pihak membuat laporan polis terhadap tindakan Ngeh yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem yang ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment