My Add

Thursday 27 September 2012

Proaspirasi menang besar
 *CALON-CALON proaspirasi yang menang bergambar selepas keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
Oleh MD. AZRIN ROSLY, MOHD. FIRDAUS ISMAIL dan NAZARUDIN SHAHARI
KUALA LUMPUR, RABU, 26 September, 2012: Kumpulan proaspirasi mencatat kemenangan besar pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

Kumpulan promahasiswa pula hanya memenangi empat kerusi sekali gus gagal mengulangi kejayaan memenangi sembilan kerusi yang seperti sebelum ini.

Sementara itu, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula kumpulan promahasiswa memenangi 18 kerusi berbanding 10 kerusi oleh proaspirasi.

Peratusan mengundi di UKM turut meningkat iaitu 75.96 peratus berbanding 74.4 peratus sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment