My Add

Wednesday 5 September 2012

Program tukar topi keledar diteruskan

PUTRAJAYA, SELASA, 04 September, 2012: Program pertukaran topi keledar lama untuk penunggang motosikal dan basikal akan diteruskan di seluruh negara berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sejak dilaksanakan pada 2009, sebanyak 120,420 topi keledar baru bernilai RM2.68 juta telah ditukarkan dengan topi keledar lama yang rosak atau tidak berkualiti.

"Sebanyak 94,734 buah topi keledar dewasa, 15,246 topi keledar kanak-kanak dan 10,440 topi keledar basikal telah diedarkan.

"Kos untuk setiap topi keledar tidak terlalu mahal iaitu sekitar RM20 ke atas, saya menggalakkan lebih banyak syarikat swasta untuk menyokong program ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan merdeka kementeriannya, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment