My Add

Sunday 2 September 2012

projek pembinaan lorong keempat lebuh raya Utara-Selatan

TAMPIN, SABTU, 01 September, 2012: Kerajaan telah meluluskan pembinaan lorong keempat di lebuh raya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah dari persimpangan Shah Alam ke persimpangan Rawang, Bukit Lanjan ke Jalan Duta dan Nilai Utara ke Seremban.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah itu diambil berikutan peningkatan trafik di lebuh raya berkenaan.

"Jumlah trafik bagi lebuh raya Utara-Selatan ialah 1.2 juta sehari pada hari biasa, hujung minggu 1.4 juta, manakala hari perayaan 1.6 juta. Berbeza jumlah trafik bagi lebuh raya Pantai Timur, ia adalah sebanyak 33,000 sehari bagi hari biasa dan 175,000 pada musim perayaan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini, hari ini.

Shaziman yang juga anggota Parlimen Tampin berkata, projek itu terbahagi kepada empat pakej iaitu persimpangan Shah Alam ke Sungai Buloh melibatkan jarak sejauh 16.1 kilometer, Bukit Lanjan ke plaza tol Jalan Duta (7 km), Sungai Buloh ke persimpangan Rawang (13.1 km) dan Nilai Utara ke Seremban (27 km).

Katanya, bagi pembinaan lorong keempat antara Shah Alam ke Rawang dan Bukit Lanjan ke Jalan Duta, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan papan-tanda, papan iklan dan sebagainya telah hampir selesai dan mungkin dalam bulan ini akan dimulakan kerja-kerja tanah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment