My Add

Sunday, 2 September 2012

Jumlah pelancong tinggal di inap desa meningkat 55 peratus

NIBONG TEBAL, SABTU, 01 September, 2012: Jumlah pelancong yang mendiami inap desa di seluruh negara meningkat 55 peratus dari Januari hingga Jun lepas, berbanding tempoh masa sama pada 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Azizan Noordin berkata, jumlah keseluruhan pelancong ke Malaysia bagi setengah tahun pertama adalah 155,933 orang membabitkan 125,442 pelancong domestik dan 30,491 pelancong antarabangsa.

"Jumlah pendapatan daripada program inap desa bagi tempoh Januari hingga Jun lalu adalah RM8,710,526 juta, berbanding 45.2 peratus bagi tempoh sama tahun lepas," katanya ketika merasmikan program "Mai Beraya Homestay 1Malaysia 2012" di Dataran Ilmu, Homestay Sungai Setar, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment