My Add

Monday 17 September 2012

Protes filem hina Islam bertukar ganas di Afghanistan

KABUL, ISNIN, 17 September, 2012: Ratusan penunjuk perasaan bertindak membakar kereta dan melempar batu ke arah kem tentera di pinggir ibu negara Afghanistan, hari ini ketika keluar melancarkan tunjuk perasaan membantah filem menghina Islam.

Pegawai polis, Azizullah berkata, penunjuk perasaan yang jumlahnya menjangkau 800 orang berarak di jalan raya Jalalabad yang berdekatan dengan sebuah kem tentera Amerika Syarikat. 

Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan ke udara bagi menghalang laluan mereka ke kem berkenaan, namun keadaan bertukar ganas selepas itu.

Penunjuk perasaan juga dilihat membakar kontena kapal dan tayar di sekitar laluan berkenaan.

Ketua Polis Wilayah, Daoud Amin berkata, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan polis dibakar penunjuk perasaan. - AFP

No comments:

Post a Comment