My Add

Monday 17 September 2012

Sambutan Hari Malaysia acara tahunan PLKN

PAPAR, ISNIN, 17 September, 2012: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai acara tahunan di semua 81 kem PLKN di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, ia yang dimulakan tahun ini amat penting bagi memastikan generasi muda memahami dan menghayati sejarah pembentukan Malaysia.

“Kajian secara rambang PLKN mendapati remaja tidak begitu sedar dan faham kepentingan tarikh 16 September berbanding pengetahuan mereka mengenai Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

“Jadi, Kementerian Pertahanan mengarahkan kita berbuat sesuatu agar remaja tahu dan menghayati sejarah 16 September ini," katanya pada sidang akhbar selepas program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia di Dewan Serbaguna, Kem PLKN Wawasan, Kampung Ovai, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment