My Add

Monday 17 September 2012

Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara

IPOH, ISNIN, 17 September, 2012: Pertikaman lidah antara enam rakyat Myanmar berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam di sebuah kilang batu di Jalan Bercham, Tanjong Rambutan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu mangsa, Myo Thu, 30-an meninggal dunia setelah ditikam di bahagian kiri dada.

Sebelum itu, kesemua warga asing berkenaan yang dipercayai sedang makan sambil minum arak bergaduh antara satu sama lain.

Pertengkaran mulut yang berlaku mula bertambah serius apabila mereka mula mengasari sesama sendiri dan ada antara suspek mengeluarkan senjata tajam dipercayai pisau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment