My Add

Saturday 15 September 2012

Seorang terbunuh, 53 cedera bantah filem AS hina nabi

KAHERAH, SABRU, 15 September, 2012: Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan terbunuh manakala 53 pegawai polis cedera semasa pertempuran di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kaherah, bagi membantah filem terbitan AS yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Mangsa yang terbunuh, Rashad Ismail Ahmed, 35, dibawa ke hospital oleh kawannya yang melaporkan Rashad mati akibat terkena tembakan ketika mereka menyertai bantahan itu, lapor agensi berita Mena.

Sementara itu, sumber keselamatan berkata 53 pegawai polis cedera semasa pertempuran itu, yang mana tujuh daripada mereka juga terkena tembakan peluru.

Bantahan terhadap kedutaan AS bermula pada Selasa lalu apabila orang ramai mula berkumpul di hadapan kedutaan dan menukar bendera AS dengan bendera Islam. - AFP

No comments:

Post a Comment