My Add

Saturday, 15 September 2012

3 tentera, 1 wanita ditembak mati dan dibakar di selatan Thai

YALA (Thailand), SABTU, 15 Se[tember, 2012: Tiga anggota separa tentera dan seorang wanita ditembak mati dan mayat mangsa dibakar oleh ahli kumpulan militan dalam serang hendap di wilayah bergolak, selatan Thailand, hari ini.

Mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke pasar di Yala, satu daripada kawasan pemberontakan sejak lapan tahun lalu yang mempunyai jumlah penduduk seramai 5,300 orang di sempadan wilayah yang majoritinya umat Islam di Thailand.

“Saya fikir mereka sudah terbunuh sebelum sekumpulan lelaki bersenjata membakar trak pick-up mereka,” kata polis daerah Muang, Leftenan Kolonel Charas Chinapong sambil menambah mayat mangsa dijumpai berada di dalam trak.

“Ratusan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment