My Add

Monday 3 September 2012

Suspek kes ragut, tetak wanita diburu

KOTA BHARU, AHAD, 02 September, 2012: Polis masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek yang terlibat dalam kes ragut dan menetak pergelangan tangan seorang wanita di hadapan kedai Pusat Jualan Tudung, Jalan Sultanah Zainab di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan namun polis sudah mempunyai maklumat mengenai suspek.

"Kita sudah memperoleh maklumat mengenai suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan.

"Kita yakin akan dapat mengesan suspek dalam masa terdekat dan akan menyelesaikan kes itu dengan segera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah, 36, ditetak tangan kirinya hingga hampir putus oleh peragut yang cuba menarik begnya di Jalan Sultanah Zainab di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment