My Add

Monday 3 September 2012

BNM didesak siasat Suaram

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 02 September, 012: Bank Negara Malaysia (BNM) didesak menyiasat aliran dana masuk dan keluar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengikut Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, pengakuan Suaram menerima dana asing dari Amerika Syarikat, Kanada dan Finland tetapi tidak menyatakan siapa dan jumlahnya boleh menimbulkan syak wasangka.

"Penerimaan itu boleh dianggap sebagai pengubahan wang haram dan BNM harus menjalankan siasatan mengikut AMLATFA.

"Bank Negara perlu bertindak menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas Suaram," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mempertikaikan pihak yang bertanggungjawab dalam isu membabitkan Suaram jika ia dikatakan bukan terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - UTUSAN

No comments:

Post a Comment