My Add

Monday 17 September 2012

Umat Islam diajak solat hajat, berdoa hadapi penghinaan agama - IKIAM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 September, 2012: Umat Islam di negara ini disaran menunaikan solat hajat, membaca Yasin dan berzikir pada Khamis ini di semua masjid dan surau bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia berikutan penerbitan filem "Innocence of Muslims".

Sehubungan itu, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan Badan Bukan Kerajaan Islam ASEAN turut meminta Masjid Negara mengetuai bacaan Yasin, zikir dan solat hajat disusuli khutbah khas mengenai isu serangan dan propaganda jahat pihak tidak bertanggungjawab terhadap Islam.

“Sebagai umat Islam, kita seharusnya menunjukkan kekuatan dan perpaduan dalam menghadapi isu ini bersama iaitu melalui doa yang disifatkan sebagai `senjata mukmin’," kata IKIAM dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment