My Add

Monday 17 September 2012

Penerbangan haji pertama MAS berlepas dengan 447 jemaah

SEPANG, ISNIN, 17 September, 2012: Penerbangan haji pertama Malaysia Airlines (MAS) berlepas 1.05 tengah hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini ke Madinah, Arab Saudi dengan 447 jemaah.

Penerbangan melalui pesawat MH8000 itu dijangka sampai di Madinah, pukul 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Kesemua jemaah haji tersebut yang tiba dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari, turut diberi taklimat ringkas, sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 747-400.

Ketua Jabatan Haji dan Sewa Khas MAS Hisham Haron berkata MAS mengendalikan 33 penerbangan haji di seluruh negara menuju ke Jeddah dan Madinah mulai hari ini hingga 19 Okt nanti, yang membabitkan 14,000 jemaah.

Daripada jumlah itu, 17 penerbangan adalah dari KLIA, lima masing-masing dari Pulau Pinang dan Johor Baharu, dan dua masing-masing dari Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment