My Add

Sunday 2 September 2012

Umno Kedah sokong lantik Timbalan MB

Ahmad Bashah 
ALOR SETAR, AHAD, 02 September, 2012: UMNO Kedah menggesa kerajaan negeri pimpinan Pas mewujudkan segera jawatan Timbalan Menteri Besar bagi melaksanakan tugas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sakit.
Ahmad Bashah  

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun dalam perlembagaan negeri tidak wujud jawatan tersebut, kerajaan negeri perlu membuat pindaan terhadap perlembagaan tersebut.

"UMNO Kedah akan menyokong dan bersetuju sekiranya kerajaan negeri mahu mewujudkan jawatan tersebut demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit di sini hari ini.

Beliau berkata semua itu bergantung kepada Azizan sama ada mempersetujui cadangan tersebut atau sebaliknya memandangkan keadaan kesihatannya yang kini tidak menentu.

Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata jika Azizan merasakan dirinya mampu untuk mentadbir, Umno tidak akan meminta beliau berbuat demikian.

Difahamkan satu mesyuarat exco kerajaan negeri akan diadakan Rabu ini di sebuah hospital swasta iaitu tempat Azizan dirawat. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Azizan sendiri.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat exco ialah 5 Ogos lepas sebelum beliau mendapat rawatan di hospital swasta itu pada 14 Ogos.

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar hari ini dihadiri 510 perwakilan dari 98 cawangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment