My Add

Thursday 20 September 2012

UMNO kutuk penyiaran "Innocence of Muslims"

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Majlis Tertinggi UMNO hari ini mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam, "Innocence of Muslims" dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W oleh sebuah majalah Perancis.

Pada masa yang sama Majlis Tertinggi juga mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempertikai tindakan umat Islam mempertikai penyiaran filem tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment