My Add

Monday 24 September 2012

Warga emas, 66 tahun anak terima ijazah di USM

GEORGE TOWN, AHAD, 23 September, 2012:Seorang warga emas dan anaknya mencatat sejarah tersendiri apabila menerima ijazah masing-masing pada Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-46 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), di sini hari ini.

Derisah Maarof,, pesara kerajaan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan manakala anak keduanya, Mohd Idzwan Razali, 34, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pengkhususan Sains Politik.

Derisah berkata, walaupun pada usia yang sudah hampir dengan angka 70, beliau tekad meneruskan cita-cita terpendam untuk menjejakkan kaki ke menara gading yang terhalang kerana kesibukan bekerja dan mengurus keluarga.

"Mula-mula saya agak gerun, takut dan gelisah, apatah lagi melihat kepada buku-buku yang tebal dan hendak memulakan sesuatu yang baharu dalam hidup.

"Namun berkat doa dan dorongan kuat anak-anak yang telah terlebih dahulu mencapai kejayaan, saya nekad dan akhirnya berjaya sehingga ke tahap ini," katanya kepada pemberita selepas upcara konvokesyen di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment