My Add

Sunday 9 September 2012

Zahid Hamidi saran tubuh Majlis Industri Maritim

LABUAN, AHAD, 09 September, 2012: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Majlis Industri Maritim (MIM) bagi membuka peluang kepada pengusaha kapal tempatan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, industri maritim negara mampu berkembang maju jika dasar baharu digubal bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di peringkat global.

“MIM akan menentukan garis panduan operasi industri pembuatan kapal supaya dapat mengelakkan persaingan sesama sendiri,” katanya dalam ucapan ketika melawat tapak industri perkapalan Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSESB), di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh industri perkapalan di Korea yang mampu menjadi pengeluar kapal terbesar dunia dalam tempoh 25 tahun.

"Malaysia mampu menjadi penyaingnya jika pengusaha tempatan terbabit diberi peluang secara berstruktur.

“Penubuhan MIM juga dapat menggalakkan pemindahan teknologi, sekali gus membina kekuatan industri tempatan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pada masa ini pengusaha industri maritim tempatan masih belum mempunyai hala tuju yang jelas sekalipun menerima galakan daripada kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment