My Add

Thursday 25 October 2012

11 suspek menyamar kerabat diraja Kedah direman

*SEBAHAGIAN daripada 13 lelaki yang ditahan reman kerana disyaki menyamar
 kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, RABU, 24 Oktober, 2012: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman ke atas 11 daripada 13 lelaki yang ditahan kerana disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini semalam.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan mengeluarkan perintah itu ke atas suspek yang berusia antara 38 dan 61 tahun untuk ditahan selama dua hari mulai hari ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Semalam, polis menahan 13 lelaki yang disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah dalam satu majlis pelantikan jawatankuasa sebuah pertubuhan amal Islam di sebuah hotel, di sini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment