Nizar Jamaluddin, Firoz Husse |
Mohammad Nizar pada 10 Julai lalu menyaman Utusan Melayu untuk menuntut ganti rugi RM50 juta kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof membenarkan permohonan Utusan Melayu yang diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Mohd. Fitri Asmuni hadir mewakili Mohammad Nizar.
Firoz Hussein memberitahu pemberita, Mohammad Nizar juga diperintah membayar RM1,000 sebagai kos kepada Utusan Melayu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment