My Add

Saturday 27 October 2012

Jualan ekspo malaysia dijangka naik

BEIJING, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Ekspo Produk dan Kebudayaan Malaysia yang akan berlangsung selama tujuh hari, bermula hari ini, dijangka meraih jualan melebihi satu juta Yuan (RM487,577), sekali gus menyaksikan pertumbuhan dua digit berbanding tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Parkson Retail Group Ltd., Tan Hun Meng berkata, produk durian beku masih lagi menjadi produk utama yang dipromosikan kerana jualannya telah mencecah 400,000 Yuan (RM195,030) pada ekspo sebelumnya.

"Kami yakin yang jualan durian di ekspo ini akan melepasi jumlah itu.

"Parkson berhasrat menjual 2,000 paket durian beku di ekspo berkenaan," kata beliau di sini hari ini.

Ketua Pegawai operasi Parkson Retail, Low Kim Tuan berkata, ekspo itu dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari, iaitu antara dua dan tiga kali lebih tinggi berbanding ekspo sebelumnya.

Ekspo itu dianjurkan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pejabat Beijing dan Beijing Fuxingmen Parkson Store. Ia juga bertujuan mempromosikan restoran dan kuisin Malaysia di bawah program Dapur Malaysia, makanan dan minuman serta pelancongan dan pertanian di China. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment