My Add

Friday 19 October 2012

Polis Sabah rampas 2,041 mesin judi tahun ini
KOTA KINABALU, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Polis Sabah berjaya merampas 2,041 mesin judi dalam 749 serbuan ke atas premis judi siber sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM118,390 hasil daripada serbuan terhadap kegiatan itu sepanjang tempoh berkenaan.

"Kegiatan ini sebenarnya terkawal dan hanya terdapat peningkatan daripada segi serbuan serta tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap premis-premis judi haram terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment