My Add

Sunday 7 October 2012

18 pelajar tertimbus akibat tanah runtuh di China

*GAMBAR Xinhua News Agency China menunjukkan anggota penyelamat sedang membersihkan kawasan tanah runtuh di perkampungan Zhenhe, daerah Yunan, barat daya China, hari ini. Agensi berita rasmi itu melaporkan tanah runtuh dan banjir lumpur berlaku akibat hujan berterusan mengorbankan 18 pelajar sekolah rendah di daerah terbabit. - Foto AP
BEIJING, AHAD, 7 Oktober, 2012:: Seramai 18 pelajar dan seorang penduduk kampung di barat daya China maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan, lapor Xinhua News Agency, hari ini.

Kesemua 18 pelajar sekolah itu tertimbus dalam kejadian berkenaan dan disahkan mati semalam manakala seorang penduduk kampung juga disahkan mati selepas kawasan bukit runtuh dan memusnahkan sebahagian kampung di pergunungan barat daya negara berkenaan.

Xinhua berkata, hujan tidak berhenti di wilayah itu sejak 1 September dan menyebabkan tanah runtuh dengan bacaan mendak lebih 297 milimeter, tiga kali ganda berbanding paras biasa pada tahun-tahun terdahulu.

Sekolah Rendah Tiantou tertimbus Khamis lalu apabila kawasan bukit runtuh di Zhenhe, perkampungan di wilayah Yunnan. - Agensi

No comments:

Post a Comment