My Add

Monday 15 October 2012

250 suri rumah sertai Program Latihan 1Malaysia GiatMara

PAGOH, AHAD, 14 Oktober, 2012: Seramai 250 suri rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang menyertai Program Latihan 1Malaysia anjuran GiatMara Pagoh di Kampung Khecik, Bukit Kepong, dekat sini.

Program 10 hari yang bermula Khamis lalu itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai kemahiran seperti menyulam dan menjahit manik, membuat kek dan pastri, dandanan rambut dan kraf reben.

Penyelaras Program, Hamimah Mohamed berkata, sasaran program adalah golongan suri rumah kerana mereka mempunyai banyak masa terluang yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti berfaedah seperti berniaga secara kecil-kecilan dalam bidang kemahiran yang diajar bagi menambah pendapatan keluarga.

"Pendedahan tentang kemahiran membuat pelbagai barangan seperti sulaman, jahitan, membuat kek mahupun solekan dan dandanan rambut bukan sahaja boleh digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga, tetapi jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh boleh menjadi punca pendapatan keluarga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment