My Add

Monday 15 October 2012

Jabatan Penjara perlu lebih ramai sukarelawan

KOTA BHARU, AHAD, 14 Oktober, 2012: Jabatan Penjara menyeru lebih ramai anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai program Sukarelawan Koreksional bagi membantu pihaknya memulihkan banduan yang sedang menjalani parol dan yang akan tamat menjalani hukuman penjara.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata, khidmat Sukarelawan Koreksional ditagih untuk memberi sokongan dari sudut psikologi dan kerjaya agar banduan yang kembali ke pangkuan masyarakat berjaya menjalani hidup seperti individu biasa.

Jelasnya, sehingga kini terdapat kira-kira 2,500 sukarelawan berdaftar di seluruh negara daripada pelbagai peringkat dan pihaknya berharap dapat menarik penyertaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk turut sama menyertainya.

“Pihak penjara hanya boleh memberi pemulihan di dalam tembok penjara jadi kami mengharapkan bantuan masyarakat untuk membantu memulihkan banduan setelah mereka keluar daripada penjara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment