My Add

Monday 15 October 2012

GiatMara masih relevan

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
JOHOR BAHRU, AHAD, 14 Oktober, 2012: GiatMara masih relevan dengan peranan melahirkan modal insan berinovasi yang menepati keperluan semasa melalui penganjuran kursus jangka pendek.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kira-kira 300,000 tenaga mahir tempatan telah berjaya dilahirkan oleh pusat itu sehingga hari ini.

Katanya, tidak semua pelajar dapat memasuki universiti dan politeknik, namun kerajaan mewujudkan peluang bagi mereka yang tercicir selepas persekolahan untuk mengupayakan diri agar sama-sama menerima manfaat pembangunan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment