My Add

Friday 5 October 2012

369 kes langgar Akta Pengguna di Sabah

KOTA KINABALU, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Sebanyak 369 kes pelanggaran melibatkan sembilan akta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan nilai rampasan RM1.3 juta dilaporkan di Sabah, dari Januari hingga September lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, angka itu termasuk 86 kes di Kota Kinabalu dan kebanyakan melibatkan Akta Timbang dan Sukat serta Akta Perihal Dagangan.

"(Peniaga) jangan cari keuntungan besar semata-mata tanpa mematuhi peraturan supaya rakyat yang tidak berkemampuan dapat dibantu dan mendapat tawaran harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment