My Add

Friday 5 October 2012

Haji: Arab Saudi larang perhimpunan bermotifkan politik

JEDDAH, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Ketua keselamatan Arab Saudi semalam menegaskan kerajaan negara ini tidak akan bertolak-ansur terhadap sebarang percubaan untuk mengeksploitasi musim haji tahun ini bagi mengadakan himpunan bermotifkan politik.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh komander pasukan keselamatan jemaah haji, Jeneral Saad al-Khelyawi ekoran pengalaman sebelum ini membabitkan pertempuran antara rakyat Iran dengan polis yang sering menyebabkan kematian.

“Kami tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan yang tidak berkaitan dengan rukun haji.

“Sebarang cubaan yang dilihat mengancam keselamatan jemaah haji akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Pasukan keselamatan Arab Saudi sebelum ini terpaksa berdepan dengan jemaah dari Iran yang berdegil mengadakan bantahan anti-Israel dan anti-Amerika Syarikat. - AFP

No comments:

Post a Comment