My Add

Friday 19 October 2012

4 lelaki Columbia suspek pecah rumah ditahan

SHAH ALAM, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Polis menahan empat lelaki warga Columbia yang dipercayai suspek kes pecah rumah di The Istara Condo, Petaling Jaya dalam satu serbuan pada Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, semua lelaki berusia lingkungan 20 dan 44 tahun itu ditahan bersama beberapa barangan disyaki hasil jenayah pecah rumah bernilai lebih RM30,000 serta wang tunai RM6,398 dan sekeping wang USD100.

Beliau berkata, barangan rampasan termasuk 11 telefon bimbit, 10 komputer riba, tiga kamera, dua perakam video dan masing-masing sebuah i-Pod, PSP dan GPS selain 49 jam tangan jenama Rolex serta logo Rejimen Askar Jurutera Diraja.

Mohd. Adnan berkata, polis turut merampas empat helai sarung tangan dan alat pemotong yang dipercayai digunakan untuk memotong kunci rumah.

Kesemua mereka ditahan berikutan laporan polis yang dibuat pada 20 September lepas oleh seorang jurujual yang melaporkan rumahnya, yang juga terletak di kondominium yang sama, telah dipecah masuk ketika dia dan keluarganya keluar makan pada 4 petang.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment