My Add

Thursday 11 October 2012

4 lelaki Yaman ditahan cuba perdaya pengurup wang

JOHOR BAHARU, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Polis menahan empat lelaki rakyat Yaman kerana cuba memperdaya seorang pengurup wang dalam kejadian di Jalan Ibrahim di pusat bandaraya ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi dengan keempat-empat mereka berpura-pura mahu menukar mata wang dolar Amerika Syarikat kepada mata wang Malaysia. 

"Pengurup wang itu menerusi laporan polis yang dibuat, mendakwa dia seolah-olah dipukau oleh kesemua lelaki itu.

"Kesemua mereka yang bertutur bahasa Arab itu pada mulanya cuba untuk menukar AS$7,000 kepada ringgit, bagaimanapun mereka kemudian meminta wang berkenaan ditukar kepada mata wang EURO selepas diminta menunjukkan pasport," katanya kepada pemberita, di sini.

Zainuddin berkata, pengurup wang berusia 65 tahun itu kemudian terus menghubungi polis sebaik saja dia menyedari cuba diperdaya.

Beliau berkata, anggota polis yang berada tidak jauh dari premis itu berjaya memberkas empat lelaki berusia 30an terbabit - BH

No comments:

Post a Comment