My Add

Thursday 11 October 2012

Jemaah haji Malaysia terima 10 liter air zam-zam tahun ini

MAKKAH, KHAMIS, 11 Oktober, 2012:: Jemaah haji Malaysia menerima sebotol 10 liter air zam-zam setiap seorang pada musim haji tahun ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, pemberian air zam-zam itu dilakukan selepas jemaah mengutip bagasi mereka sebaik saja tiba di lapangan terbang utama negara selepas musim haji.
"Pada tahun lalu, jemaah hanya diberi bekalan air zam-zam sebanyak lima liter tetapi pengeluaran botol bersaiz itu dihentikan oleh kilang pembotolan air zam-zam Raja Abdullah," katanya selepas melawat kilang itu di Kudai hari ini.

Kilang pembotolan yang mula beroperasi tahun lalu itu mengeluarkan 200,000 botol bersaiz 10 liter sehari untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Makkah, Madinah dan juga jemaah haji serta umrah.

Bekalan diambil dari sumber air zam-zam di Masjidil Haram melalui sistem paip yang panjangnya 4.5 kilometer.

Walaupun air zam-zam diberikan percuma tetapi caj sebanyak 5 riyal dikenakan oleh pihak pengurusan kilang untuk satu botol 10 liter air sebagai kos pembotolan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment