My Add

Thursday 11 October 2012

5.5% kapasiti tenaga daripada sumber diperbaharui - PM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyasarkan untuk menjana 5.5 peratus daripada kapasiti tenaga keseluruhannya dari sumber-sumber diperbaharui menjelang 2015.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mewujudkan mekanisme sokongan, yang termasuk tarif galakan yang membayar kadar premium bagi elektrik hijau bagi mencapai matlamat itu.

"Kita mengetengahkan tenaga diperbaharui dan kini menyasarkan untuk mencapai 5.5 peratus daripada kapasiti tenaga keseluruhan dari sumber-sumber diperbaharui menjelang 2015 dan 11 peratus menjelang 2020," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama bagi merasmikan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM 2012) ketiga di sini hari ini.

Katanya adalah dianggarkan bahawa tenaga diperbaharui akan menjana nilai
RM70 bilion aktiviti ekonomi menjelang 2020 dan menampung 50,000 pekerjaan.

"Ia akan turut mengelakkan pengeluaran 42.2 juta tan metrik karbon, iaitu
pengurangan kira-kira 40 peratus, yang saya janjikan di Persidangan Iklim
Copenhagen," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment