My Add

Tuesday 23 October 2012

500 pembeli rumah tuntut hak

*PARA pembeli rumah pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Damansara dan Kampung Sungai Kayu Ara berkumpul di hadapan bangunan PKNS sambil memegang sepanduk memohon PKNS mengambil alih hutang pembelian rumah mereka di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM, ISNIN, 22 Oktober, 2012: “Kami orang miskin mahu hak kami, tolong bantu kami".

Demikian rayuan sebahagian daripada 500 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dari kawasan Kota Damansara dan Kampung Sungai Kayu Ara, masing-masing di daerah Petaling yang menuntut perbadanan itu mengambilalih hutang perumahan mereka daripada institusi kewangan.

Sambil mendakwa PKNS boleh mengambilalih hutang syarikat Talam Corporation Bhd. (Talam) berjumlah jutaan ringgit sebelum ini, rata-rata pembeli mahu perbadanan itu melaksanakan tindakan yang sama terhadap hutang perumahan mereka yang terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment