My Add

Thursday 18 October 2012

500 rumah di Lahad Datu buat sambungan elektrik haram

LAHAD DATU, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Kira-kira 500 rumah di enam kawasan setinggan di sini disyaki membuat sambungan elektrik secara haram, kata Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Abd Razak Sallim.

Beliau berkata, perkara itu dikesan di Kg Puyut, Kg Panji, Kg Tabanak, Kg Batu 1, Kg Teck Guan dan Kg Desa Bajau dalam operasi Selasa lalu yang turut disertai Suruhanjaya Tenaga dan pihak polis. 

Dalam operasi itu, SESB berjaya membuka dan merampas pelbagai jenis wayar seberat kira-kira 80 kilogram.

Secara keseluruhan di sekitar Lahad Datu, sebanyak 24 buah penempatan setinggan dengan anggaran 1,200 buah premis dikenal pasti aktif membuat sambungan elektrik secara haram, katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Razak berkata, SESB memerlukan kerjasama semua pihak dalam menyelesaikan isu penyambungan elektrik haram berdasarkan bidang kuasa masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment