My Add

Wednesday 17 October 2012

Kerjasama UUM, EMKAY pertingkat kualiti penuntut

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Universiti Utara Malaysia (UUM) memeterai perjanjian dengan EMKAY Group bagi menjalin kerjasama dalam tiga bidang ke arah mempertingkat kualiti bakat penuntut universiti itu.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kerjasama itu melibatkan program praktikum berstruktur, pemindahan ilmu menerusi Projek ‘Flagship 1CSR 1Korporat 1Transformasi’ dan ‘Perkongsian Teknologi’.

Perjanjian itu ditandatangani Mohamed Mustafa dan pengasas serta pengerusi EMKAY Group Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar pada majlis makan malam UUM bersama CEO Industri 2012 di sini malam ini.

Mohamed Mustafa berkata, kerjasama itu, antara lain, bakal menerapkan daya juang tinggi terhadap penuntut UUM untuk turut serta dalam pembangunan negara.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment