My Add

Thursday 4 October 2012

90% bekas askar sokong kerajaan

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Lebih 90 peratus bekas askar akan terus menyokong kerajaan yang selama ini melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjaga kebajikan dan keperluan mereka.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, sokongan itu sebagai penghargaan kepada kerajaan yang membuka peluang kepada mereka menjana ekonomi untuk menampung kehidupan selepas berhenti atau bersara.

Tambah beliau, bantuan itu termasuk kemudahan pinjaman sebanyak RM50,000 bagi membolehkan bekas tentera memulakan perniagaan selain 3,000 peluang pekerjaan setiap tahun yang disediakan kepada golongan berkenaan.

"Manfaat ini turut dinikmati lebih 175,000 bekas tentera tidak berpencen yang turut menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas inisiatif kerajaan dalam membalas jasa bekas tentera termasuk yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen termasuk sumbangan RM1,000 secara sekali bayar menerusi Bajet 2013 seperti dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat); Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu lebih aktif turun padang bertemu pesara tentera bagi menyampaikan secara jelas insentif yang disediakan kerajaan kepada mereka.

Katanya, pertemuan itu bagi memastikan pesara tentera mendapat manfaat sepenuhnya daripada insentif yang diumumkan sekali gus mengelak ada pesara yang berasa dipinggirkan.

Tambah beliau, bekas-bekas tentera juga perlu menilai segala perhatian kerajaan terhadap mereka dan membandingkannya dengan pembangkang yang langsung tidak memberi keutamaan kepada mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment