My Add

Thursday 4 October 2012

Che Rozmey tidak akan rayu kepada MMC
 Dr. Che Rozmey Che Din
KUBANG PASU, RABU, 03 Oktober, 2012 Pemilik Syarikat dR. Rozmey Group (dRG), Datuk Dr. Che Rozmey Che Din menerima dengan terbuka keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung keanggotaannya selama dua tahun kerana melanggar Kod Etika Perubatan Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Che Rozmey yang sebelum ini merupakan pakar perbidanan dan sakit puan berkata, beliau juga tidak akan merayu kepada MMC untuk memendekkan tempoh penggantungan berikutan kesalahan itu bukan sesuatu yang luar biasa.

"Saya sudah tidak mengamalkan ilmu perubatan sejak 2008 kerana menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan produk kesihatan.

"Jadi penggantungan keanggotaan ini tidak memberi makna apa-apa kepada saya, tiada sebab untuk merayu kepada MMC," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment