My Add

Tuesday 16 October 2012

Agama dan politik perlu dipisahkan - TPM Singapura

SINGAPURA, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Kerajaan Singapura menegaskan tentang keperluan untuk mengekalkan garisan pemisah jelas antara agama dan politik di republik ini.

Agensi berita channelnewsasia.com melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean yang juga Menteri Dalam Negeri sebagai berkata, pemisahan antara agama dan politik merupakan prinsip yang sudah lama dilaksanakan di Singapura.

"Politik dan polisi kita perlu meliputi semua rakyat Singapura tanpa mengira kaum, bahasa dan agama. Kerajaan tidak boleh berpihak kepada mana-mana kumpulan agama apabila membuat sesuatu polisi.

"Jika ahli politik menggunakan agama dalam usaha politik dan agenda mereka untuk mempengaruhi pengundi, ia akan mencetuskan perpecahan dalam masyarakat kita dan menjejaskan keharmonian antara agama serta sosial yang telah dibina dengan bersusah payah selama ini,'' katanya.

Chee Hean berkata, seorang rakyat yang menganut agama tertentu akan sering dipengaruhi kepercayaan dan naluri peribadi, selain selalu sedar tentang sensitiviti kerana tinggal dalam masyarakat berbilang agama.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas jika ada pihak cuba menggunakan kumpulan agama untuk memperluaskan agenda politik mereka.

"Saya faham dan menghormati pandangan kumpulan agama kerana mereka mahu melahirkan pandangan itu dan diberikan pertimbangan,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi yang diwujudkan untuk berbuat demikian. - Agensi

No comments:

Post a Comment