My Add

Wednesday 17 October 2012

Agong terima ambulans untuk jemaah haji Malaysia

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima sebuah ambulans sumbangan syarikat Weststar Maxus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi.

Majlis penerimaan ambulans itu diadakan di Istana Negara di sini.

Seri Paduka Baginda yang akan berangkat menunaikan fardu haji Jumaat ini akan menyerahkan ambulans tersebut kepada pihak Tabung Haji di Makkah.

Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim menyerahkan kunci ambulans itu kepada Tuanku Abdul Halim yang turut disaksikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment