My Add

Friday 19 October 2012

Aktiviti wanita pemilik salon terbongkar

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
 SHAH ALAM, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Hanya kerana ingin kurus dengan cepat, ramai wanita terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pelajar universiti membeli produk pelangsing badan mengandungi bahan kimia dilarang iaitu sibutramine melalui internet.

Sibutramine adalah bahan kimia yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan penggunaannya dalam produk dilarang oleh Kementerian Kesihatan sejak Disember 2010.

Larangan tersebut dilakukan kerana pengambilan sibutramine akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan risiko kepada pesakit jantung dan boleh membawa maut.

Bagaimanapun, permintaan tinggi terhadap produk pelangsing mengandungi sibutramine yang didakwa boleh menguruskan badan telah menyebabkan ada individu tidak bertanggungjawab menjual bahan dilarang itu melalui internet kerana mampu mengaut keuntungan lumayan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment