My Add

Thursday 25 October 2012


Apek, Leuniey akhiri zaman bujang Disember ini

 
 Khairul Fahmi Che Mat, Nur Eluni Natasha Nazri
 
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 24 Okt. - Selepas dirundung dengan pelbagai kontroversi, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya yang juga seorang model, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan Leuniey pada Disember ini.

Perkara tersebut disahkan oleh bapanya, Che Mat Hussain yang pada masa kini sedang sibuk membuat persediaan perkahwinan tersebut termasuk urusan di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Che Mat yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis tersebut sama ada 28 Disember atau Januari ini.

“Saya dan keluarga berharap dengan perkahwinan itu akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak keempat ini, katanya.

No comments:

Post a Comment